Berita Semasa

Info semasa untuk warga SK Saujana Impian, SBT.

Kejohanan Sukan Tahunan SKSI kali ke-20

Unit Sukan SKSI - SBT akan melaksanakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 seperti berikut :
Tarikh : 2 April 2017 (Ahad)
Tempat : SM Agama Persekutuan Kajang
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tgh hari
Pakaian : Murid - baju rumah sukan
Ibu bapa - Sopan dan menutup aurat. (Baju dan seluar lengan pendek untuk perempuan dan seluar pendek bagi lelaki adalah DILARANG) Kehadiran : Semua murid SKSI
*Ibu bapa dijemput beramai-ramai memeriahkan acara.

Gotong-Royong Perdana

Pihak sekolah bersama PIBG SKSI telah berjaya dianjur dengan jayanya pada Sabtu 11 Mac 2017 yang lalu. Terima kasih kepada pihak yang terlibat iaitu Pasukan FRU Cheras Kuala Lumpur, Pasukan Pengakap UPM, Persatuan Penduduk Impian Kasih, Impian Jaya serta Impian Setia, warga SKSI, ibu bapa penjaga murid SKSI, syarikat-syarikat serta orang perseorangan yang sudi menyumbang tenaga , kewangan, jentera dan lain-lain lagi dalam merealisasikan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Dato' Rosli bin Atan yang menyumbang sebanyak RM 10,000.00 untuk program ini.

Saringan 1 LINUS 2.0

• Akan dijalankan untuk murid-murid Tahun 1 – 3
• Mata pelajaran yang disaring adalah BM, BI dan Matematik
• Akan dijalankan mulai 1 Mac hingga 23 April 2017
• LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”.
• LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (Bahasa Malaysia), asas numerasi dan bahasa Inggeris semasa di sekolah rendah.
• LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2018 & 2019

Permohonan boleh diisi melalui pautan aplikasi dalam talian perkara di bawah yang disediakan di Laman Sesawang Jabatan Pelajaran Selangor

https://public.moe.gov.my/

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen berikut:

• Surat beranak asal dan salinan
• Bil utiliti (elektrik dan air) asal dan salinan
• Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
• Sijil Pendaftaran Perkhawinan/Sijil Nikah
• Sampul surat ( 4’’x 9’’) beralamat sendiri yang bersetem RM1.00

Tempoh Pendaftaran: 1 Mac – 30 April 2017


Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah SKSI Sesi 2018

Pendaftaran :-

1) Secara atas talian (Online)

https://eprasekolah.moe.gov.my/

Tarikh Tutup : 30 April 2017

atau

2) Secara Manual di

Pejabat SK Saujana Impian (waktu pejabat)

Tarikh Tutup : 30 Mei 2017


Kejohanan Sukan Peringkat SKSI

Tarikh: 2 April 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Padang SMA Persekutuan Kajang

Semua warga SKSI dijemput hadir.

 


Cuti Peristiwa Sempena Hari Sukan SKSI

Tarikh: 3 April 2017 (Isnin)

Semua murid dan guru SKSI bercuti.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Saujana Impian.

Aktiviti diadakan pada 17 Februari 2017 (Jumaat) melibatkan murid Tahun 4, tahun 5 dan Tahun 6.

 

Keputusan Rasmi UPSR Tahun 2016

Keputusan Keseluruhan: 93.41 %
GPS : 2.28
Bil. 6A : 6 orang
Ranking Daerah : No. 3

Keputusan Penuh:
BM Penulisan : 100%
BM Pemahaman : 100%
BI Penulisan: 100%
BI Pemahaman: 99.5%
Sains : 98.9%
Matematik :94.0%

Tahniah kepada murid Tahun 6 dan Warga SK Saujana Impian atas kejayaan tersebut.

Bantuan Awal Persekolahan

  • - Bantuan Telah diedarkan
  • - Keluarga yang layak telah dimaklum melalui surat.

Ujian Sumatif 1 dan Pra UPSR

Tarikh : 13 hingga 17 Mac 2017

Butiran:
1. Ujian Sumatif dijalankan secara PBS .
2. Tiada Jadual akan dikeluarkan.
3. Guru bebas untuk menggunakan sebarang bentuk bahan pentaksiran seperti buku aktiviti, lembaran kerja dan sebagainya.

Berita
Berita