Maklumat Sekolah

 

Tarikh Kemaskini: 13 Februari 2017

 Maklumat Sekolah

  •  

    1) Etos Sekolah

        • Kurikulum - Sains dan Matematik
          Sukan - Memanah
        • Sahsiah - Salam Saujana

         

2) Logo Sekolah


  • >>Muat Turun Lencana Sekolah

  • Keterangan Berkenaan Lencana Sekolah

    Lambang dan Motto sekolah telah direkacipta menggambarkan segala aspek bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan dalam semua bidang sama ada akademik, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    - Warna Biru : Melambangkan perpaduan sejagat dikalangan guru dan murid.

    - Warna Kuning : Melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Negara dan pemerintah.

    - Warna Merah : Melambangkan keberanian dan keyakinan dalam menghadapi sebarang cabaran.

    - Warna Hijau : Melambangkan pembangunan akhlak yang murni dan keluhuran rohani.

    - Buku dan Pena : Melambangkan kecemerlangan akademik yang menjadi teras dan prinsip sekolah.

    - Komputer : Melambangkan era teknologi maaklumat yang canggih dan mampan.

    - Simbol Atom : Melambangkan era sains dan teknologi yang perlu diterokai.

    - Tiga Jalur Menaik : Melambangkan segala usaha dan kejayaan akan terus meningkat.

    - Lima Bulatan Bercantum : Melambangkan perpaduan melalui sukan.

    - 1997 : Tahun sekolah ditubuhkan.

     

  • 3) Bendera Sekolah


    >>Muat Turun Bendera Sekolah


    • 4) Lagu Sekolah

      Saujana indahnya pandangan,
      Melangkah ke arah satu tujuan,
      Menimba ilmu demi kejayaan,
      Di SK Saujana Impian.

      Guru pembimbing yang utama,
      Ibu bapa pendorong yang setia,
      Kami berikrar sentiasa berusaha,
      Untuk mencapai cita mulia,
      Berdisiplin Berhemah Berketrampilan,
      Lambang pemangkin hidup di masa depan,
      Panduan takwa penuh keimanan,
      Kecemerlangan hidup kami harapkan.

      Kami akan berusaha,
      Harum namamu jadi sebutan,
      Yakini diri menuju wawasan,
      Di SK Saujana Impian.

      Seni Lagu : Ramlan Harun
      Seni Kata : Hayati Nordin

      >>Muat Turun Lagu Sekolah
      >>Muat Turun Lagu Nilam Sekolah