Sejarah PIBG

SK Saujana Impian, SBT

 Tarikh Kemaskini: Saturday, 13 May, 2017 5:22 PM

 

 Tujuan Penubuhan PIBG

(a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.

(b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.

(c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.

(d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

(e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

 

Fungsi PIBG

a)   Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajkan murid;

b) Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah;

c) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat;

d) Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.


 

 

 

Sebarang sumbangan kepada pihak sekolah, sila masukkan ke Akaun PIBG SKSI
Nama Akaun: PIBG SKSI KAJANG
No. Akaun: 12092010005585
Nama Bank: BANK ISLAM
Sila Email Slip @ No. Rujukan ke E-Mail PIBG: supibgsksi@gmail.com