FALSAFAH SEIMPIAN

 

Tarikh Kemaskini: 13 Februari 2017

 

Falsafah SEIMPIAN

  • Setiap orang mempunyai IMPIAN. Masing-masing mempunyai IMPIAN yang berbeza-beza. IMPIAN itu merupakan hal besar yang mungkin mustahil untuk diwujudkan dalam keadaan yang berbeza-beza. Namun IMPIAN merupakan langkah menuju sukses yang teramat penting. Segala yang dihasilkan oleh manusia tidak berlepas dari bermula dengan IMPIAN. Disedari atau tidak, semua produk kebudayaan manusia dari soal makan hingga ilmu pengetahuan ataupun dari soal keluarga hingga negara pada dasarnya adalah hasil dari IMPIAN manusia. Maka tepatlah jika dikatakan oleh Carl Sandburg bahawa “Tidak ada yang terjadi kecuali diawali dengan IMPIAN”. Thomas Alfa Edisson mengatakan, “….. jika kita telah memiliki sebuah IMPIAN maka ertinya 90%  telah berhasil. Sisanya 10% merupakan teknikal”.

    Dengan adanya IMPIAN, Thomas Alfa Edison telah mencahayakan malam hari dengan sinaran lampunya. Bagitu juga dengan adanya  IMPIAN, Wright bersaudara kita memiliki pesawat yang dapat membawa kita ke mana-mana diseluruh dunia bahkan sampai keluar angkasa. Dengan adanya IMPIAN bekas YDP PIBG Tn Hj Ramli bin Hj Khairudin, kini kita memiliki sebuah pavilion yang teguh dan gah.  Dengan adanya IMPIAN Puan Hjh Roslina binti Hj Hashim, Mantan Guru Besar SKSI kini digelar SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI. Segala-galanya bermula dengan IMPIAN.

    IMPIAN adalah sifat manusia yang hakiki.  Tidak ada sebuah perubahan tanpa diawali sebuah IMPIAN, dan tiada sebuah IMPIAN tanpa sebuah harapan. IMPIAN membuat manusia senantiasa berfikiran maju mengatasi situasi konkrit yang membelenggu dan mengikat dirinya.

    IMPIAN merupakan sesuatu yang ingin kita raih, kita dapatkan, atau kita capai. Untuk mencapai sesuatu yang unggul, kita tidak hanya bertindak tetapi juga perlu BERIMPIAN, tidak hanya merancang tetapi juga perlu ada kepercayaan diri.

    Maka, SeIMPIAN membawa maksud satu hasrat, satu tujuan, satu haluan, satu jiwa, satu hati, satu detik, satu harapan, satu inspirasi, satu bangsa, satu mimpi semua warga SKSI SBT iaitu untuk meraikan kegemilangan. SeIMPIAN diilhamkan untuk membawa SKSI SBT kemercu kegemilangan dan SeIMPIAN menghasilkan kejayaan yang lebih luar biasa. SeIMPIAN akan menjadikan tindakan kami lebih konsisten dalam berusaha. SeIMPIAN akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk mencapai sesuatu di luar kebiasaan. Dengan SeIMPIAN yang teguh dan kerja keras serta pantang menyerah maka segala IMPIAN akan dapat digapai.

    Dengan meraihkan prinsip “Doing what I love, Loving what I do” kita dapat juga melestarikan SeIMPIAN supaya generasi yang akan datang juga akan dapat manfaatnya.


    Nukilan

    Encik Perinparajah a/l Chinniah
    Mantan GPK Pentadbiran dan Kurikulum
    SK Saujana Impian, SBT