Sekapur Sirih

 

Tarikh Kemaskini: 13 Februari 2017

 

  •  

     

 

Puan Khatijah binti Yusof,
Guru Besar SK Saujana Impian, SBT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita mewujudkan laman web sekolah sendiri yang telah lama kita rancang. Semoga keredhaan Allah dalam pelaksanaan aktiviti ini akan membuahkan hasil yang sangat baik untuk anak didik SK Saujana Impian, SBT ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG sekolah terutamanya YDP PIBG, Tuan Hj. Salahuddin bin Amir Hassan serta ahli jawatankuasanya kerana memberi bantuan daripada segi kewangan dan moral kepada sekolah untuk melaksanakan projek ini.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana laman web sekolah yang terdiri daripada guru-guru yang bertungkus lumus bagi menjayakan projek ini. Usaha-usaha bagi pelaksanan sesuatu projek memerlukan pengorbanan daripada semua pihak dan ternyata pengorbanan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan terutama terhadap pembangunan akademik, ko-kurikulum seterusnya disiplin pelajar.

Semoga dengan adanya laman web ini dapat memperkenalkan sekolah ini ke seluruh dunia disamping membawa sekolah seiring dengan arus perkembangan IT.

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Sesungguhnya Tuhan akan memberkati.

Seterusnya sempena Tahun Baru 1437 Hijrah dan Tahun 2016 Masihi, diharapkan semua warga SKSI, SBT akan terus berusaha dan bekerjasama untuk memastikan kecemerlangan yang dikecapi akan berterusan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekian, terima kasih.